Pagi yang amat ceria, bercerita dan berbagi pendapat dengan seorang yang berpengalaman.
Hanya dengan satu perbualan singkat dengan orang yang lebih tua, dan makan garam terlebih dahulu dalam alam perkahwinan, membuatkan otak ku ligat berputar dan memikirkan kata-katanya.
.
"Nak cari jodoh, cari betul-betul. Jangan hanya berdasarkan perasaan Cinta, Sayang semata, tpi lihat pada cara dia, bertanggungjawab atau tidak, pekerjaan dia? Mampu sara hidup lepas berkahwin, atau mengambil kesempatan ke atas pekerjaan dan titik peluh kita semata? (Bagi perempuan)..
.
Pertanyaan ini sangat-sangat memberikan kesan pada diri. Takut! Iye, takut, takut apa yang diharapkan tidak tepat, takut semua kacau-bilau depan hari. Dan takut nak bersemuka dengan orang sekeliling. Hanya doa yang mampu aku pohon, semoga Allah memberi petunjuknya.
.
Lantas, aku menaip di google soal 'jodoh' dan terbaca satu artikel berkaitan dengan jodoh yang isinya
" Ternyata kehidupan mempunyai haluan masing-masing termasuk rezeki. Jodoh juga rezeki dan ia adalah bonus kalu mendapat pasangan yang serasi dan memahami. Peritnya mencari duit itu hanya Dia yang tahu, namum jika segalanya dengan nawaitu yang betul in shaa Allah dipermudahkan. Lain pula kisah apabila wanita berkerjaya jatuh hati pada jejaka yang mempunyai kerja yang lebih kecil dan gaji yang cukup-cukup makan. Sering dipersoalkan, kenapa berlakunya pertemuan dengan jejaka ini? Adakah ia UJIAN @JODOH? Lapangkan dada, lapangkan minda"
Ada dua penyelesaian. Seandainya lelaki itu mengikis duit, lebih baik ditinggalkan. Taaruf sebaik-baik nya.. Kenal dan fahami cara masing-masing. Kalu perlu tunang, tunang lah, kalu perlu bercinta bercintalah, tpi kalu ingin kan percintaan selepas kahwin, lagi baik! Tiada masalah untuk memberi peluang kepada lelaki yang mempunyai kewangan yang stabil tidak stabil.
Sebagai wanita, perlu tahu kenapa ini terjadi. Adakah si dia mempunyai ahli keluarga dan adik - beradik yang ramai untuk ditanggung atau dari keluarga yang sederhana? Jika si dia bertungkus lumus mengumpul duit, sanggup buat kerja part time dan ikat perut semata-mata untuk hubungan kalian berdua. Fikirlah, patut ke kita tinggalkan si dia?
Pada wanita pula, selepas mengenali si dia, apakah yang dikatakan oleh perasaan anda tentang si dia? Naluri seorang wanita ini hebat dan kuat. Jika anda tidak jemu berdoa dan solat istikharah, In shaa Allah, dengan izin Allah pasti ada jawapannya. " (dipetik dari portal baituljannah,portal cari jodoh)
.
Dalam hidup ini, aku hanya ingin menumpang kasih sayang. Iye betul, kasih sayang keluarga aku dapat sepenuhnya. Mereka selalu memberi sokongan. Tapi ia berbeza dengan kasih sayang 'buah hati', cinta! Dengan Cinta, aku boleh berkongsi semua benda bersama, luahan hati yang disimpan, hanya dapat diluahkan pada 'Si Dia'. Hubungan dan kesatuan juga pemahaman berbeza dapat aku utarakan. Tapi dengan keluarga, tak semua benda boleh berkongsi.
Doa! Iye Doa.. Allah berfirman,
"Maksudnya : "Dan tuhan kamu berfirman:" Berdoalah kepada-Ku, nescaya aku akan perkenankan doa permohonan kamu".
Al Ghafir:60
Oleh itu, berdoa lah.. Sesungguhnya, Doa adalah salah satu senjata Mukmin! Doa ku...
"Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. YA Allah, Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemelihara dan amat mengasihi daripada segala-galanya"
.
Ya Allah, aku tidak mengetahui selain ape yg engkau zahirkan.. Terdapat kebimbangan dan kerisauan dalam diri ku berkaitan jodoh ku.
.
Ya Allah, hadirkan dia sebagai jdoh ku yang sebenar-benarnya, semoga dia bukan dari kalangan mereka yang mengambil kesempatan, hadirkan dia sebagai seorang insan yang bertanggungjawab menjaga ku dan zuriat-zuriat kami nanti.
.
Ya Rabbi, Yakinkan aku dengan nya. Yakin kan aku bahawa dia benar2 untuk ku, belahan jiwa ku. Seandainya dia yang terbaik buat ku, hapuskan segala keraguan dan ketakutan ku ini.. Dan jauhi kami dari sebarang pertengkaran.. Sungguh, engkau maha mengetahui dan aku tidak mengetahui yg selain engkau zahirkan.. Namun, seandainya, dia bukan untukku, bantu aku, jauhkan dia dari ku dengan aman, baik-baik.. Sungguh aku tidak ingin melukakn, biarkan aku yang dilukakan..
Dan janji ku untuk nya, walau kami berbeza darjat, aku ikhlas mencintainya keranaMu ya Allah. Aku semadikan perasaan ku dalam gambar ini.
Sekian sahaja dari AmiWolf kali ini. Sedikit perkongsian yang sangat dekat dengan kehidupan ini. Semoga penulisan ini juga dapat menenangkan gelora jiwa bagi mereka yang menghadapai situasi yang sama.
'Jodoh itu rahsia terbesar Ilahi, Hanya apabila akad' aku terima nikahnya' terlafaz, itu lah jodoh yang sebenar-benarnya'
.
"The right person at the right time is JODOH".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan