Selasa, 4 Februari 2020

Sihir Melalui Gambar


Sihir menggunakan gambar. 


Di coretan kali ini, sy ingin menceritakan satu kisah hitam dalam hidup, tapi memberi seribu satu pengajaran hanya kerana satu gambar.  Info2 berkaitan sihir ini di adaptasi  daripada beberapa pembacaan di media sosial juga melalui pengalaman sendiri. 

Bermacam-macam jenis sihir boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sekeping gambar.

Antaranya ialah :
1. Sihir Maradh (Sihir Penyakit)
2. Sihir Khumul (Sihir Penat / tak bermaya)
3. Sihir Mahabbah (Sihir Cinta / Guna-Guna)
4. Sihir Junoon (Sihir Gila)
5. Sihir Taballud (Sihir menyebabkan hubungan dingin)
6. Sihir Tafriq (Sihir Pemisah)

Zaman dulu (80an /90an), syarat permintaan sekeping gambar jadi syarat yang sangat berat dan sukar. Zaman kodak.

Zaman sekarang dah senang. Bukak FB, taip nama dekat search box and pop! Gambar selfie berlambak keluar.

Rata-rata dizaman skrg, yg terkena sihir ini kebanyakan golongan hawa.  Kenapa golongan hawa?  Kerana mereka merupakan anak kunci nafsu lelaki. 
Ajaran agama juga menegaskan, lelaki mempunyai satu nafsu, iaitu Perempuan!  Dan perempuan itu sendiri memiliki 9 nafsu, 1 akal.

Perempuan sikap dia, sukakan kecantikan dan suka apabila ada yang memuji, bahkan yang banyak selfie pun perempuan.  Dgn gaya yang bermacam-macam, muncung bibir, mata lentik, mekap tebal bg nampak lawa pun perempuan saja yang buat.
Rata-rata yang menge'like' gambar-gambar tersebut adalah lelaki dan x mustahil ada sorg lelaki yang psiko, tekan "save to phone" gmbr2 tersebut.

Kalu sekadar menatap, masih selamat walau agak keterlaluan, tetapi andai ada yang membawa gambar tersebut kpd bomoh, asap-asapkan.. Parah akibatnya. 

Dari pengalaman,  ada satu sisi, diri sendiri menyesal,  hanya menayang gmbr memegang skrol ijazah, berjubah dan bermortar, walau gambar tersebut tidak mendedahkan aurat satu pun, hamba ini mudah lupa, terlalu ramai yang x senang duduk dengan kejayaan yg diperolehi, memang dri zaman tgh belajar, terkena sihir ( sihir penyakit + sihir penat/xbermaya).

Sebelum di upload gmbr kt media sosial, hati awal2 dah ragu, takut nak upload, tpi dgn niat nak berkongsi dgn rakan kenalan, di'upload' jugak gambar tersebut.

Selang 2 hari, badan mulai panas, rasa terbakar, setiap sendi tulang sakit, seluruh badan menyucuk-menikam, kepala terasa dijerut sehingga ade lekok dikepala, sakit kepala seperti dihantuk-hantuk kepala ke dinding.  Terasa lemah, tidak bermaya.  Seperti mayat hidup, muka pucat menahan kesakitan.  Ingatkan demam biasa, tetapi pegi hospital, mkn ubat pun tidak membaik. 

Apabila bertemu perawat,  dalam masa ruqyah,  perawat itu memberitahu, 
" Dlm masa saya meruqyah, di sebelah satu sisi lgi, ade yang tengah asap2 kan gambar,  bru je diambil dlm minggu ni,  di gambar tersebut,  di ikat, di lilit dgn benang, 4 tempat, ditusuk dengan beberapa keping jarum di bhgian dada"

Percayalah,  sakit dibahagian jantung seakan terkena serangan jantung, tetapi apabila pergi hospital, ultrasound, result dia tersgt bagus, fungsi jantung semua tiptop, geraka ritma jantung juga buka tutup injap semua baik. 

Yang peliknya, setiap kali hendak tidur, jantung mulai laju, melebihi atlet lumba lari,  120 detak per minit. Sepatutnya, untuk manusia normal, dlm waktu berehat, detak jantung hanya lah 60-80 detak per minit.  Penat, lelah mengambil alih fungsi badan setiap hari. Hidup tidak senormal org normal.

Segala ujian darah di buat, termasuk ujian tiroid, semua bersih, x ada penyakit apa-apa.  Doktor sendiri pening kepala. 
Apa yang berlaku, selepas diruqyahkan, masih ada jarum yang tertinggal,  selepas 2 minggu,  baru dapat tahu. Patutlah sakit dia masih ada, hanya berkurg sedikit dari sebelum membuat rwtn.
 
Dari hari itu,  semua gambar-gambar sempurna di delete.  Hanya tinggalkan gambar skroll ijazah sahaja. 
Hanya kerana sekeping gambar, juga kerana sangka baik tidak akan ada yang mengkhianati lagi,  kesakitan yang di tanggung tersangat hebat.  Allah maha kaya, lagi maha penyayang.  DIA melindungi hambaNya yang meminta Perlindungan.  

Berhati-hati dengan manusia bertopengkan syaitan. 

Kes Sihir, santau ini, diaplikasikan hanya kepada orang terdekat dengan kehidupan kita, yang ada hasad kat diri kita dan keluarga. 

Hanya mereka yang boleh melihat secara langsung aktiviti harian kita dan keadaan ekonomi juga kebahagiaan keluarga, yang berpotensi ada perasaan hasad tersebut. 
Jangan terlalu percaya pada org sekeliling walau pun dia tersgt2 baik.  Kerana, yang tersgt2 baik itu lah ade agenda tersembunyi yang hanya inginkn manfaat untuk diri mereka.  Perhatikan cara mereka terhdp kita, andai dia benar2 berhati mulia, Alhamdulillah..  Semoga dijauhi dri mereka2 yang hasad. 

Allah Maha Melihat,  SETIAP perbuatan baik atau buruk, akan dihitung walau sebesar zarah.  

Mintalah perlindungan dari Allah sentiasa, juga mintalah dijauhkan dri perasaan hasad dengki dalam diri.  Syukuri segala nikmat yang Allah beri, In shaa Allah, selamat dari fitnah dunia, selamat dri tipu daya syaitan.

"Ya Allah, Hamba tidak membenci, dalam kesakitan, dalam keperitan ini, hamba hanya inginkan mereka untuk berhenti menghantar sihir! Hamba memaafkan, walau mengetahui niat mereka untuk melihat kehancuran juga kematian hamba, demi kepuasan hati mereka semata,hamba redha dan terima segalanya. Sungguh, hamba berserah, bertawakkal kepadaMu, kerana hamba tahu ajal seseorg itu ditanganMu!  Ya Rabbi, Pengkhianatan org tersyg, tersgt perit untuk diterima, namun xade yang sempurna dalam kehidupan ini dan tidak ada yang terlepas dari godaan syaitan. Semoga Engkau memasukkan iman ke dalam dada mereka, agar berhenti memuja yg selain Engkau,Aamiin "

" Lailahaillaanta subhanaka inni kuntum minazzolimin "

Semoga Allah memberi pertolonganNua kepada hamba-hambaNya yang teraniaya.
Kredit kpd Skuad Tangkis Sihir berkaitan info sihir, dan cerita adalah dri pengalaman sendiri. 
Sumber gambar : wordpress.com /OhBulan.

Andai ingin berkongsi pengalaman, boleh coretkan di bahagian komen/ulasan.

Sekian,
You&Me.Wolf
Feb,4,2020. 12:46am


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nab...