Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah demi memenuhi perintah ALLAH SWT.
Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun.
Berikut doa akhir tahun yang dicantumkan oleh Sayid Utsman bin Yahya dalam karyanya, Maslakul Akhyar:
Doa akhir tahun
اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ
“Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hazihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba‘da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da‘autani ilat taubati min ba‘di jara’ati ‘ala ma‘shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirli wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa‘attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha‘ raja’i minka ya karim.”
Maksudnya: “Wahai Tuhan, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang ENGKAU telah tegah, lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan ENGKAU tidak reda serta tidak melupakannya, ENGKAU mengasihiku selepas ENGKAU berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-MU. Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepada-MU, ampunilah aku. Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang ENGKAU reda dan ENGKAU menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepada-MU wahai Tuhan yang MAHA MULIA, wahai Tuhan yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya ENGKAU menerimanya (amalan baik) daripadaku. Dan janganlah ENGKAU memutuskan harapanku kepada-MU wahai Tuhan yang MAHA MULIA.”
***Baca doa akhir tahun iaitu pada petang ini selepas solat Asar atau akhir waktu Asar.
Doa awal tahun
اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ
“Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azimi wa karimi judikal mu‘awwal. Haza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’I, wal isytighala bima yuqarribuna ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”
Maksudnya: “Wahai Tuhan, ENGKAULAH yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, ENGKAU berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah. Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami. Kami memohon kepada-MU perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepada-MU sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan yang MAHA MENGASIHANI.”
***Baca doa awal tahun selepas solat Maghrib hari ini iaitu pada malam 1 Muharam 1442 Hijrah.
Semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini diterima oleh-NYA. Moga tahun baharu ini memberikan sinar baharu untuk kita melakukan perubahan ke arah yang lebih baik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan