Sabtu, 1 Februari 2020

Persahabatan, Harta & Pengkhianatan.

Persahabatan, Harta &  Pengkhianatan


Sejujurnya, Persahabatan itu satu hubungan yang teramat suci.  Dinamakan Persahabatan kerana hanya sahabat yang akan bersama-sama kita sehingga ke akhirnya. Dalam kesusahan, ada sahabat Yang membantu, dalam kesedihan ada Sahabat disisi selain keluarga yang ikut bersedih, dalam kebahagiaan, ada sahabat yang turut berbahagia dengan kita. Di sisi gelap kita, hanya sahabat yang tidak akan pernah putus asa memberi inspirasi, menasihati agar boleh bersama-sama ke syurga Allah. 

Sehingga ayat-ayat dan doa-doa sebegini terlahir dari manusia di seluruh pelosok dunia

"Sahabat, andai engkau tidak menemuiku di syurga Allah nanti, tanya kan aku pada Allah,  Ya Allah,  si fulan -  si fulan ini sentiasa mengingatkan aku pada mu,  susah senang sekali mengharungi ujianMu di dunia,saling nasihat menasihati dan mengamalkan kebaikan sama-sama, masuk kan lah dia ku SyurgaMu, seperti diriku ini, kumpul kan Kami di SyurgaMu yang Maha indah ini"

Namun begitu, antara hubungan yang terjalin, apabila bercampur dengan hubungan bisnes, melihat harta berpuluh-puluh ribu, andai terdapat sedikit sahaja perasaan tamak, persahabatan yang terjalin boleh jatuh terhempas, pecah bertaburan dan tidak dapat diselamatkan lagi!  Suka saya mencoretkan satu cerita, yang betul-betul terjadi sangat dekat dengan kehidupan ini.  Ceritanya, 

"nada dering telefon berbunyi"

" Assalamualaikum z, z aku ni, m..  Aku nak mintak tolong z, aku ada masalah besar ni"
"waalaikummussalam m, kau ade masalah ape m, cuba kau cakap slow-slow, amik nafas kau tu dulu"

"aku ada msalah z, company aku hampir bankrup, tolong aku z, bantu aku mcm kau buat kat bisnes kau z, aku berharap sgt kau boleh bantu"

Tanpa buang masa, z dengan senang hati membantu sahabatnya tanpa banyak bicara, dia menutup 2 akaun syarikat miliknya  semata-mata ingin membantu bisnes shbtnya, dengan menggunakan nama syarikat shbt, dia menjalankan bisnes dia disana.  

Dengan jayanya, menyelamatkan syarikat shbtnya dri dilelong. Namun begitu, semua yang di amanahkan kepada m, dikhianati!! 
Tanpa memikirkan hubungan baik antara mereka, m dengan selamba menipu duit z, berpuluh-puluh ribu, ditipu, z terpaksa mencari wang, membanting tulang ingin menggantikan wang yang ditipu sahabat karibnya itu.

"Duit yang ditipu, boleh dicari dan diganti, Namun persahabatan yang terjalin, tidak boleh diselamatkan.  Membantu sahabat dan membuat dia megah berdiri, kini, yang dulunya berada antara top 10 dalam bisnes jatuh merudum tanpa dpt diselamatkan"

"Mana nak cari kepercayaan orang terhadap kita?  Apabila kepercayaan pelanggan dikhianati orang lain, malu muka nak letak kat mana, nama baik yang tercemar, xdpt dibersihkan sehingga sekarang"

"Ibarat menolong anjing yang tersepit, 2 syarikat ditutup untuk membantu, malah dikhianati sehingga nama baik tercemar "

" Maruah diri yang dulu nya dijaga, dirosakkan oleh seorg sahabat yang dulunya di tolong sehingga berjaya"

Antara persahabatan, disebabkan harta, wang berpuluh-puluh ribu yang bermain dimata, seorang sahabat lebih memilih mengkhianati daripada mengambil tanggungjawab setia pada amanah yang diberi.  

Beringat lah, azab Allah amatlah pedih,  yang mengkhianati tidak akan pernah berjaya dia mata Allah!! 

Persahabatan boleh berkecai hanya kerana sifat tamak.  Berhati-hati dalam mengamanahkan harta kepada org, kerana harta kebiasaan boleh mengaburi mata hati untuk menilai mana yang baik, mana yang buruk.  Harta segala-galanya di dunia yang fana ini.  Mensyukuri nikmat akan menghalang pengkhianatan ini.  

Be wise and be safe in this world. 


Sekian,
You&Me.Wolf
Feb,1,2020. 
3.29pm.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nab...