Rabu, 19 Ogos 2020

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun


Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah demi memenuhi perintah ALLAH SWT.

Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun.

Berikut doa akhir tahun yang dicantumkan oleh Sayid Utsman bin Yahya dalam karyanya, Maslakul Akhyar:

Doa akhir tahun

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ
“Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hazihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba‘da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da‘autani ilat taubati min ba‘di jara’ati ‘ala ma‘shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirli wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa‘attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha‘ raja’i minka ya karim.”

Maksudnya: “Wahai Tuhan, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang ENGKAU telah tegah, lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan ENGKAU tidak reda serta tidak melupakannya, ENGKAU mengasihiku selepas ENGKAU berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-MU. Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepada-MU, ampunilah aku. Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang ENGKAU reda dan ENGKAU menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepada-MU wahai Tuhan yang MAHA MULIA, wahai Tuhan yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya ENGKAU menerimanya (amalan baik) daripadaku. Dan janganlah ENGKAU memutuskan harapanku kepada-MU wahai Tuhan yang MAHA MULIA.”

***Baca doa akhir tahun iaitu pada petang ini selepas solat Asar atau akhir waktu Asar.

Doa awal tahun

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

“Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azimi wa karimi judikal mu‘awwal. Haza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’I, wal isytighala bima yuqarribuna ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”

Maksudnya: “Wahai Tuhan, ENGKAULAH yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, ENGKAU berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah. Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami. Kami memohon kepada-MU perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepada-MU sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan yang MAHA MENGASIHANI.”

***Baca doa awal tahun selepas solat Maghrib hari ini iaitu pada malam 1 Muharam 1442 Hijrah.

Semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini diterima oleh-NYA. Moga tahun baharu ini memberikan sinar baharu untuk kita melakukan perubahan ke arah yang lebih baik  


Rabu, 12 Ogos 2020

Soal Jodoh, Rahsia Ilahi!

 Pagi yang amat ceria, bercerita dan berbagi pendapat dengan seorang yang berpengalaman. 

Hanya dengan satu perbualan singkat dengan orang yang lebih tua, dan makan garam terlebih dahulu dalam alam perkahwinan, membuatkan otak ku ligat berputar dan memikirkan kata-katanya.
.
"Nak cari jodoh, cari betul-betul. Jangan hanya berdasarkan perasaan Cinta, Sayang semata, tpi lihat pada cara dia, bertanggungjawab atau tidak, pekerjaan dia? Mampu sara hidup lepas berkahwin, atau mengambil kesempatan ke atas pekerjaan dan titik peluh kita semata? (Bagi perempuan)..
.
Pertanyaan ini sangat-sangat memberikan kesan pada diri. Takut! Iye, takut, takut apa yang diharapkan tidak tepat, takut semua kacau-bilau depan hari. Dan takut nak bersemuka dengan orang sekeliling. Hanya doa yang mampu aku pohon, semoga Allah memberi petunjuknya. 
.
Lantas, aku menaip di google soal 'jodoh'  dan terbaca satu artikel berkaitan dengan jodoh yang isinya  

" Ternyata kehidupan mempunyai haluan masing-masing termasuk rezeki. Jodoh juga rezeki dan ia adalah bonus kalu mendapat pasangan yang serasi dan memahami.  Peritnya mencari duit itu hanya Dia yang tahu, namum jika segalanya dengan nawaitu yang betul in shaa Allah dipermudahkan.  Lain pula kisah apabila wanita berkerjaya jatuh hati pada jejaka yang mempunyai kerja yang lebih kecil dan gaji yang cukup-cukup makan.  Sering dipersoalkan, kenapa berlakunya pertemuan  dengan jejaka ini? Adakah ia UJIAN @JODOH? Lapangkan dada, lapangkan minda"


Ada dua penyelesaian.  Seandainya lelaki itu mengikis duit, lebih baik ditinggalkan.  Taaruf sebaik-baik nya..  Kenal dan fahami cara masing-masing.  Kalu perlu tunang, tunang lah, kalu perlu bercinta bercintalah, tpi kalu ingin kan percintaan selepas kahwin, lagi baik! Tiada masalah untuk memberi peluang kepada lelaki yang mempunyai kewangan yang stabil tidak stabil. 


 Sebagai wanita, perlu tahu kenapa ini terjadi. Adakah si dia mempunyai ahli keluarga dan adik - beradik yang ramai untuk ditanggung atau dari keluarga yang sederhana? Jika si dia bertungkus lumus mengumpul duit, sanggup buat kerja part time dan ikat perut semata-mata untuk hubungan kalian berdua.  Fikirlah, patut ke kita tinggalkan si dia? 


Pada wanita pula, selepas mengenali si dia, apakah yang dikatakan oleh perasaan anda tentang si dia? Naluri seorang wanita ini hebat dan kuat. Jika anda tidak jemu berdoa dan solat istikharah, In shaa Allah, dengan izin Allah pasti ada jawapannya. " (dipetik dari portal baituljannah,portal cari jodoh)
.
Dalam hidup ini, aku hanya ingin menumpang kasih sayang. Iye betul, kasih sayang keluarga aku dapat sepenuhnya. Mereka selalu memberi sokongan. Tapi ia berbeza dengan kasih sayang 'buah hati', cinta! Dengan Cinta, aku boleh berkongsi semua benda bersama, luahan hati yang disimpan, hanya dapat diluahkan pada 'Si Dia'. Hubungan dan kesatuan juga pemahaman berbeza dapat aku utarakan. Tapi dengan keluarga, tak semua benda boleh berkongsi. 

Doa! Iye Doa.. Allah berfirman, 

"Maksudnya : "Dan tuhan kamu berfirman:" Berdoalah kepada-Ku, nescaya aku akan perkenankan doa permohonan kamu".  

Al Ghafir:60

Oleh itu, berdoa lah.. Sesungguhnya, Doa adalah salah satu senjata Mukmin! Doa ku...

 "Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. YA Allah, Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemelihara dan amat mengasihi daripada segala-galanya"

.
Ya Allah, aku tidak mengetahui selain ape yg engkau zahirkan.. Terdapat kebimbangan dan kerisauan dalam diri ku berkaitan jodoh ku. 
.
Ya Allah, hadirkan dia sebagai jdoh ku yang sebenar-benarnya, semoga dia bukan dari kalangan mereka yang mengambil kesempatan, hadirkan dia sebagai seorang insan yang bertanggungjawab menjaga ku dan zuriat-zuriat kami nanti. 
.
Ya Rabbi, Yakinkan aku dengan nya. Yakin kan aku bahawa dia benar2 untuk ku, belahan jiwa ku.  Seandainya dia yang terbaik buat ku, hapuskan segala keraguan dan ketakutan ku ini..  Dan jauhi kami dari sebarang pertengkaran.. Sungguh, engkau maha mengetahui dan aku tidak mengetahui yg selain engkau zahirkan.. Namun, seandainya, dia bukan untukku, bantu aku,  jauhkan dia dari ku dengan aman, baik-baik.. Sungguh aku tidak ingin melukakn, biarkan aku yang dilukakan.. 

Dan janji ku untuk nya, walau kami berbeza darjat, aku ikhlas mencintainya keranaMu ya Allah.  Aku semadikan perasaan ku dalam gambar ini.

Sekian sahaja dari AmiWolf kali ini.  Sedikit perkongsian yang sangat dekat dengan kehidupan ini.  Semoga penulisan ini juga dapat menenangkan gelora jiwa bagi mereka yang menghadapai situasi yang sama.

'Jodoh itu rahsia terbesar Ilahi, Hanya apabila akad' aku terima nikahnya' terlafaz, itu lah jodoh yang sebenar-benarnya'
.
"The right person at the right time is JODOH".

 


Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nab...