Selasa, 4 Februari 2020

Depression / Kemurungan (Ujian DASS)


Depression is not a choice, it's an illness..  Struggling @ fighting with inner demons
Apabila berbicara berkaitan "kemurungan /depression" rata-rata, masyarakat kita suka judge, kemurungan dikatakan penyakit gila.  Itu salah sama sekali.  Kemurungan ni satu masalah atau gangguan terhadap perasaan.  Pesakit depression ini kebiasaan nya mengalami emosi sedih yang berpanjangan melebihi 2 minggu, keletihan, tiada tenaga, hilang kegembiraan dalam hidup, juga selalu menyendiri. Mereka  telah kehilangan minat terhadap aktiviti harian mereka.


Untuk mengetahui sama ada seseorang itu mengalami masalah depression atau tidak, kebiasaan memerlukan pengesahan dri pihak berkuasa, sudah semestinya dari pihak hospital,iaitu doktor psikologis sahaja yang boleh mengesahkan semua ini.  Mengikut procedure,  remaja-remaja atau kebanyakan orang dewasa akan diberikan satu kertas ujian, Iaitu ujian saringan DASS.

Apa itu DASS? 
Dass singkatan bagi "Depression, Anxiety Stress Scale".  

Dipetik dari perkongsian seorang terapi autisme En. Aiman, yang juga merupakan graduan psikologi drpd University of Nottingham,  beliau menghuraikan proses ujian saringan DASS ini secara terperinci di laman twitter miliknya. 


DASS bukan diagnosis tetapi ia berguna untuk keep track mood, emosi, stress, semangat  /tenaga, tidur dan lain2. 

DASS ade 21 soalan,  7 soalan setiap topik.  Tapi ade yang terperinci,  42 soalan, terkdg untuk yang belum kahwin, xperlu isi satu bahagian soalan tu. 

Ada ujian DASS online untuk cek mood sendiri,  paling baik kalu pegi klinik.   Bila dah jawab semua soalan,  dapat result bacaan skala untuk setiap subtopik, kalu:

1. Normal,Alhamdulillah.  
2. MILD, Berjaga-jaga
3. MODERATE,  better pergi treatment 
4. SEVERE,  pergi treatment ASAP. 
5. Extremely Severe,  stop everything, go to HOSPITAL. 


Print result anda kalu yang buat online tu,  bawa ke klinik kesihatan.  Sekiranya perlu, kita akan dirujuk ke hospital terdekat.

Kalu diberi ubat untuk makan, jangan tinggal/berenti makan, walaupun ubat bagi kesan sampingan kat diri.  Jangan berhenti makan, hanya perlu bagitau doktor semua side effect dia!

Kebiasaan ubat yang diberikan untuk treat mental atau mood problems.  Ia mungkin boleh membantu untuk improved mood and feelings of well-being, boleh kurangkan anxiety dan ketegangan,membantu tidur yang berkualiti, dan menambahkan tenaga.  Kebiasaan jenis yang diberi,  bergantung pada individu. Perlu dapatkan nasihat doktor sepenuhnya untuk consume apa-apa ubat berkaitan depression.

Salah satunya ialah ubat terkawal antidepressants yang tergolong dalam kelas tricyclic antidepressants (Amitiptyline HCL contoh nya, for more info about this kind of medications 


Untuk lebih lagi berkaitan depression, akan ditulis di dalam post yang akan datang.


Sekian,
You&Me.Wolf
Feb,04,2020. 8.29
pm.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nab...