Khamis, 20 Februari 2020
Rumah atau kereta DULU???
Terutama sekali kepada anak muda, fresh graduate… Rata-rata tidak mengetahui apa itu aset dan liabiliti.. Rumah atau kereta dulu yang penting? Fakta Menarik ini kami kongsikan berdasarkan pembacaan dan rujukan-rujukan dari penasihat kewangan iaitu Dr Azizul.
Untuk membeli rumah, pihak bank akan kira kelayakan pinjaman/loan terlebih dahulu. Sama ada untuk pinjaman LPPSA/ kerajaan atau pinjaman bank/swasta, masing-masing akan mengira kelayakan dan mengambil kira semua komitmen luar seperti kereta, rumah sewa, motor , pinjaman ptptn dan sebagainya. Untuk beli rumah atau bina rumah, bagi megelakkan peratus kelayakan rendah:-
1. Jangan Beli Kereta DULU.
Hutang kereta akan menelan peratus gaji kita. Jika gaji basic dibawah RM2000.00, anggaran bayaran bulanan kereta rm800-rm900, berbaki lagi dalam rm1200-rm1100. Ini belum termasuk lagi dengan makan,minum keperluan asas yang lain dan juga maintenance, serta minyak kereta. Bagi yang kerja di negeri yang ada tol, makin bertambah tanggungan.. Rasa-rasa cukup x untuk kehidupan seharian dengan jumlah tersebut?
Layakkah untuk membeli rumah? Rumah merupakan salah satu Keperluan asas kita (shelter). Terutama kepada fresh graduate, rancanglah sebaik mungkin kewangan kita, ukur baju dibadan sendiri. Kumpul dahulu duit untuk deposit rumah, andai beruntung dapat beli rumah tanpa deposit. Kalu nak beli rumah, belilah kereta secondhand yang masih elok dan bayar tunai tanpa hutang/ byrn bulanan.
2. Beli kereta akan menyebabkan peluang beli rumah menjadi KECIL.
Komitmen hutang kereta yang tinggi akan menyebabkan peratus gaji menjadi kecil. Kelayakan loan akan menjadi kecil atau paling teruk lagi, tiada kelayakan untuk buat pinjaman langsung.
Untuk kelayakan dapat buat pinjaman, perlu melangsaikan hutang kereta terlebih dahulu. Untuk beli rumah perlukan kesedaran yang tinggi akan keperluan asas kita yang satu ini. Rata-rata pekerja swasta atau kerajaan ambil mudah akan perkara ini. Yang berduit masih lagi menyewa rumah. Dan pekerja kerajaan pula menunggu duit pencen, baru nak buat rumah. Idea ni salah sama sekali bagi pandangan saya yang menulis artikel ini kerana, apabila sudah pencen, tiada lagi kemudahan pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) . Untuk memohon pinjaman ini, selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tempoh pencen. Kalu yang nak pencen awal tu macam mana? Dan untuk membuat pinjaman perumahan dengan pihak BANK, JANGAN X ADE LANGSUNG KOMITMEN LUAR kerana dengan rekod bayaran bulanan yang ada andai kita ada komitmen luar itu akan menambahkan nilai atau keyakinan pihak bank untuk meluluskan pinjaman kita kerana pihak mereka akan yakin kita ini seorang yang boleh bayar hutang pada waktu yang ditetapkan.
3. Kereta itu boleh menjadi liabiliti dan rumah itu boleh menjadi aset.
Menbuat pinjaman kereta boleh mengurangkan duit simpanan atau gaji kita (tolakan /bayaran bulanan). Liabiliti dikira hutang/komitmen luar oleh pihak bank. Dan pada awalnya, rumah itu merupakan liability, tetapi kalu jadikan rumah tersebut sebagai rumah sewa, bank akan menganggap hutang rumah sebagai salah satu income tambahan dengan syarat ade surat perjanjian sewa dan bayaran bulanan dimasukkan ke dalam akaun bank, bukan bayaran ditangan. Jika kelayakan masih rendah, beli rumah ikut kemampuan dahulu, jangan menunggu dan terus menunggu. Cari rumah dikawasan berdekatan dengan institusi-institusi pengajian yang akan mendapat sambutan ramai oleh pelajar-pelajar untuk menyewa. Bila bank tengok income rumah sewa, kelayakan untuk buat pinjaman makin meningkat. Nak seribu daya, xnak seribu dalih!
4. Jangan Bagi orang pinjam nama kita untuk buat apa-apa bayaran
Ini kerana, pihak bank akan menyemak semua proses belian juga bayaran yang kita buat. Mengikut polisi sekarang, semua diambil kira. Kalu kita rasa kita lulus nak buat pinjaman, tetapi apabila pihak bank keluarkan kenyataan, kita tidak layak sama sekali untuk membuat pinjaman tersebut , mungkin , kerana kes-kes macam ini. Orang lain membuat bayaran atau belian apa-apa atas nama kita. Tapi jangan berkira sangat ya dengan adik-beradik terutama sekali mak ayah, kalu diorang nak ape-ape, belikan aje kerana, mereka semua boleh mendatangkan rezki yang kita x sangka-sangka dengan menolong mereka. Berkat orang kata. Konsep keberkatan itu satu asas kepada permulaan yang baik kepada kehidupan yang selesa.
5. Harga hartanah makin menaik dari tahun ke tahun.
Seeloknya, rancang kewangan untuk beli rumah, kerana harga tanah makin menaik. Kenapa tanah? Kalu x ade tanah, nak bina rumah kat mana kn. Kalu rumah kondominium atau flat tu? Tapak dia atas tanah juga .. Tanpa tanah, impian bina rumah atau beli rumah adalah sia-sia. Barang-barang mentah untuk bina rumah juga semakin menaik. Oleh itu, seeloknya cari tanah dulu kalu x mmpu bina rumah lagi. Ada duit boleh bina rumah. Dan kalu nak buat pinjaman beli tanah je dulu, hanya pihak pekerja kerajaan boleh menikmati kemudahan ini, iaitu pinjaman jenis 4 (Pembelian Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Rumah Kediaman) ke Pinjaman jenis 2 (Pembinaan Rumah Di Atas Tanah Sendiri) Untuk maklumat lanjut berkenaan pinjaman LPPSA boleh rujuk di link ini https://rdchousemanagement.blogspot.com/2020/02/pinjaman-lppsa.html . Untuk Pinjaman bagi beli rumah sahaja, tersangat rumit. Hanya certain Bank sahaja yang menyediakan khidmat tersebut..
Itu sahaja perkongsian saya harini,
AmiWolf96
Feb 20,2020.
Penafian: Perkongsian ini ditulis dengan merujuk beberapa buah artikel dan dari pandangan peribadi serta ilmu yang ada sepanjang bergiat dalam bidang hartanah ini. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak. Andai berguna amalkan, dan boleh menjadi rujukan untuk semua, andai tiada kegunaan, boleh abaikan.. sekian Terima Kasih. Artikel ini telah di postkan dalam satu blog yang berbeza.. Tapi penulis org yg sama.. Saya yang menulis artikel ini..
Sabtu, 8 Februari 2020
2 Amalan, Ringan Di Lisan, Berat di Timbangan (Mizan)
"SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI, SUBHANALLAHIL AZHIM"
"Maha suci Allah dan segala puji bagiNya,
Maha suci Allah yang Maha Agung"
2 kalimat yg sgt disukai oleh Allah taala. Kalima ini tersgt ringan untuk dilafazkan, tetapi fadilatnya, memberatkan timbangan amal di sana nanti.
Selain itu, apabila membaca:
SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI
sebanyak 100x, dosanya akan diampuni sekalipun dosanya sebanyak buih di lautan.. HR Muslim & Tarmizi.
Selasa, 4 Februari 2020
Depression / Kemurungan (Ujian DASS)
Depression is not a choice, it's an illness.. Struggling @ fighting with inner demons
Apabila berbicara berkaitan "kemurungan /depression" rata-rata, masyarakat kita suka judge, kemurungan dikatakan penyakit gila. Itu salah sama sekali. Kemurungan ni satu masalah atau gangguan terhadap perasaan. Pesakit depression ini kebiasaan nya mengalami emosi sedih yang berpanjangan melebihi 2 minggu, keletihan, tiada tenaga, hilang kegembiraan dalam hidup, juga selalu menyendiri. Mereka telah kehilangan minat terhadap aktiviti harian mereka.
Untuk mengetahui sama ada seseorang itu mengalami masalah depression atau tidak, kebiasaan memerlukan pengesahan dri pihak berkuasa, sudah semestinya dari pihak hospital,iaitu doktor psikologis sahaja yang boleh mengesahkan semua ini. Mengikut procedure, remaja-remaja atau kebanyakan orang dewasa akan diberikan satu kertas ujian, Iaitu ujian saringan DASS.
Apa itu DASS?
Dass singkatan bagi "Depression, Anxiety Stress Scale".
Dipetik dari perkongsian seorang terapi autisme En. Aiman, yang juga merupakan graduan psikologi drpd University of Nottingham, beliau menghuraikan proses ujian saringan DASS ini secara terperinci di laman twitter miliknya.
DASS bukan diagnosis tetapi ia berguna untuk keep track mood, emosi, stress, semangat /tenaga, tidur dan lain2.
DASS ade 21 soalan, 7 soalan setiap topik. Tapi ade yang terperinci, 42 soalan, terkdg untuk yang belum kahwin, xperlu isi satu bahagian soalan tu.
Ada ujian DASS online untuk cek mood sendiri, paling baik kalu pegi klinik. Bila dah jawab semua soalan, dapat result bacaan skala untuk setiap subtopik, kalu:
1. Normal,Alhamdulillah.
2. MILD, Berjaga-jaga
3. MODERATE, better pergi treatment
4. SEVERE, pergi treatment ASAP.
5. Extremely Severe, stop everything, go to HOSPITAL.
Print result anda kalu yang buat online tu, bawa ke klinik kesihatan. Sekiranya perlu, kita akan dirujuk ke hospital terdekat.
Kalu diberi ubat untuk makan, jangan tinggal/berenti makan, walaupun ubat bagi kesan sampingan kat diri. Jangan berhenti makan, hanya perlu bagitau doktor semua side effect dia!
Kebiasaan ubat yang diberikan untuk treat mental atau mood problems. Ia mungkin boleh membantu untuk improved mood and feelings of well-being, boleh kurangkan anxiety dan ketegangan,membantu tidur yang berkualiti, dan menambahkan tenaga. Kebiasaan jenis yang diberi, bergantung pada individu. Perlu dapatkan nasihat doktor sepenuhnya untuk consume apa-apa ubat berkaitan depression.
Salah satunya ialah ubat terkawal antidepressants yang tergolong dalam kelas tricyclic antidepressants (Amitiptyline HCL contoh nya, for more info about this kind of medications
Untuk lebih lagi berkaitan depression, akan ditulis di dalam post yang akan datang.
Sekian,
You&Me.Wolf
Feb,04,2020. 8.29pm.
Sihir Melalui Gambar
Di coretan kali ini, sy ingin menceritakan satu kisah hitam dalam hidup, tapi memberi seribu satu pengajaran hanya kerana satu gambar. Info2 berkaitan sihir ini di adaptasi daripada beberapa pembacaan di media sosial juga melalui pengalaman sendiri.
Bermacam-macam jenis sihir boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sekeping gambar.
Antaranya ialah :
1. Sihir Maradh (Sihir Penyakit)
2. Sihir Khumul (Sihir Penat / tak bermaya)
3. Sihir Mahabbah (Sihir Cinta / Guna-Guna)
4. Sihir Junoon (Sihir Gila)
5. Sihir Taballud (Sihir menyebabkan hubungan dingin)
6. Sihir Tafriq (Sihir Pemisah)
2. Sihir Khumul (Sihir Penat / tak bermaya)
3. Sihir Mahabbah (Sihir Cinta / Guna-Guna)
4. Sihir Junoon (Sihir Gila)
5. Sihir Taballud (Sihir menyebabkan hubungan dingin)
6. Sihir Tafriq (Sihir Pemisah)
Zaman dulu (80an /90an), syarat permintaan sekeping gambar jadi syarat yang sangat berat dan sukar. Zaman kodak.
Zaman sekarang dah senang. Bukak FB, taip nama dekat search box and pop! Gambar selfie berlambak keluar.
Rata-rata dizaman skrg, yg terkena sihir ini kebanyakan golongan hawa. Kenapa golongan hawa? Kerana mereka merupakan anak kunci nafsu lelaki.
Ajaran agama juga menegaskan, lelaki mempunyai satu nafsu, iaitu Perempuan! Dan perempuan itu sendiri memiliki 9 nafsu, 1 akal.
Perempuan sikap dia, sukakan kecantikan dan suka apabila ada yang memuji, bahkan yang banyak selfie pun perempuan. Dgn gaya yang bermacam-macam, muncung bibir, mata lentik, mekap tebal bg nampak lawa pun perempuan saja yang buat.
Rata-rata yang menge'like' gambar-gambar tersebut adalah lelaki dan x mustahil ada sorg lelaki yang psiko, tekan "save to phone" gmbr2 tersebut.
Kalu sekadar menatap, masih selamat walau agak keterlaluan, tetapi andai ada yang membawa gambar tersebut kpd bomoh, asap-asapkan.. Parah akibatnya.
Dari pengalaman, ada satu sisi, diri sendiri menyesal, hanya menayang gmbr memegang skrol ijazah, berjubah dan bermortar, walau gambar tersebut tidak mendedahkan aurat satu pun, hamba ini mudah lupa, terlalu ramai yang x senang duduk dengan kejayaan yg diperolehi, memang dri zaman tgh belajar, terkena sihir ( sihir penyakit + sihir penat/xbermaya).
Sebelum di upload gmbr kt media sosial, hati awal2 dah ragu, takut nak upload, tpi dgn niat nak berkongsi dgn rakan kenalan, di'upload' jugak gambar tersebut.
Selang 2 hari, badan mulai panas, rasa terbakar, setiap sendi tulang sakit, seluruh badan menyucuk-menikam, kepala terasa dijerut sehingga ade lekok dikepala, sakit kepala seperti dihantuk-hantuk kepala ke dinding. Terasa lemah, tidak bermaya. Seperti mayat hidup, muka pucat menahan kesakitan. Ingatkan demam biasa, tetapi pegi hospital, mkn ubat pun tidak membaik.
Apabila bertemu perawat, dalam masa ruqyah, perawat itu memberitahu,
" Dlm masa saya meruqyah, di sebelah satu sisi lgi, ade yang tengah asap2 kan gambar, bru je diambil dlm minggu ni, di gambar tersebut, di ikat, di lilit dgn benang, 4 tempat, ditusuk dengan beberapa keping jarum di bhgian dada"
Percayalah, sakit dibahagian jantung seakan terkena serangan jantung, tetapi apabila pergi hospital, ultrasound, result dia tersgt bagus, fungsi jantung semua tiptop, geraka ritma jantung juga buka tutup injap semua baik.
Yang peliknya, setiap kali hendak tidur, jantung mulai laju, melebihi atlet lumba lari, 120 detak per minit. Sepatutnya, untuk manusia normal, dlm waktu berehat, detak jantung hanya lah 60-80 detak per minit. Penat, lelah mengambil alih fungsi badan setiap hari. Hidup tidak senormal org normal.
Segala ujian darah di buat, termasuk ujian tiroid, semua bersih, x ada penyakit apa-apa. Doktor sendiri pening kepala.
Apa yang berlaku, selepas diruqyahkan, masih ada jarum yang tertinggal, selepas 2 minggu, baru dapat tahu. Patutlah sakit dia masih ada, hanya berkurg sedikit dari sebelum membuat rwtn.
Dari hari itu, semua gambar-gambar sempurna di delete. Hanya tinggalkan gambar skroll ijazah sahaja.
Hanya kerana sekeping gambar, juga kerana sangka baik tidak akan ada yang mengkhianati lagi, kesakitan yang di tanggung tersangat hebat. Allah maha kaya, lagi maha penyayang. DIA melindungi hambaNya yang meminta Perlindungan.
Berhati-hati dengan manusia bertopengkan syaitan.
Kes Sihir, santau ini, diaplikasikan hanya kepada orang terdekat dengan kehidupan kita, yang ada hasad kat diri kita dan keluarga.
Hanya mereka yang boleh melihat secara langsung aktiviti harian kita dan keadaan ekonomi juga kebahagiaan keluarga, yang berpotensi ada perasaan hasad tersebut.
Jangan terlalu percaya pada org sekeliling walau pun dia tersgt2 baik. Kerana, yang tersgt2 baik itu lah ade agenda tersembunyi yang hanya inginkn manfaat untuk diri mereka. Perhatikan cara mereka terhdp kita, andai dia benar2 berhati mulia, Alhamdulillah.. Semoga dijauhi dri mereka2 yang hasad.
Allah Maha Melihat, SETIAP perbuatan baik atau buruk, akan dihitung walau sebesar zarah.
Mintalah perlindungan dari Allah sentiasa, juga mintalah dijauhkan dri perasaan hasad dengki dalam diri. Syukuri segala nikmat yang Allah beri, In shaa Allah, selamat dari fitnah dunia, selamat dri tipu daya syaitan.
"Ya Allah, Hamba tidak membenci, dalam kesakitan, dalam keperitan ini, hamba hanya inginkan mereka untuk berhenti menghantar sihir! Hamba memaafkan, walau mengetahui niat mereka untuk melihat kehancuran juga kematian hamba, demi kepuasan hati mereka semata,hamba redha dan terima segalanya. Sungguh, hamba berserah, bertawakkal kepadaMu, kerana hamba tahu ajal seseorg itu ditanganMu! Ya Rabbi, Pengkhianatan org tersyg, tersgt perit untuk diterima, namun xade yang sempurna dalam kehidupan ini dan tidak ada yang terlepas dari godaan syaitan. Semoga Engkau memasukkan iman ke dalam dada mereka, agar berhenti memuja yg selain Engkau,Aamiin "
" Lailahaillaanta subhanaka inni kuntum minazzolimin "
Kredit kpd Skuad Tangkis Sihir berkaitan info sihir, dan cerita adalah dri pengalaman sendiri.
.
Sumber gambar : wordpress.com /OhBulan.
Andai ingin berkongsi pengalaman, boleh coretkan di bahagian komen/ulasan.
Sekian,
Andai ingin berkongsi pengalaman, boleh coretkan di bahagian komen/ulasan.
Sekian,
You&Me.Wolf
Feb,4,2020. 12:46am
Sabtu, 1 Februari 2020
Persahabatan, Harta & Pengkhianatan.
Persahabatan, Harta & Pengkhianatan
Sejujurnya, Persahabatan itu satu hubungan yang teramat suci. Dinamakan Persahabatan kerana hanya sahabat yang akan bersama-sama kita sehingga ke akhirnya. Dalam kesusahan, ada sahabat Yang membantu, dalam kesedihan ada Sahabat disisi selain keluarga yang ikut bersedih, dalam kebahagiaan, ada sahabat yang turut berbahagia dengan kita. Di sisi gelap kita, hanya sahabat yang tidak akan pernah putus asa memberi inspirasi, menasihati agar boleh bersama-sama ke syurga Allah.
Sehingga ayat-ayat dan doa-doa sebegini terlahir dari manusia di seluruh pelosok dunia
"Sahabat, andai engkau tidak menemuiku di syurga Allah nanti, tanya kan aku pada Allah, Ya Allah, si fulan - si fulan ini sentiasa mengingatkan aku pada mu, susah senang sekali mengharungi ujianMu di dunia,saling nasihat menasihati dan mengamalkan kebaikan sama-sama, masuk kan lah dia ku SyurgaMu, seperti diriku ini, kumpul kan Kami di SyurgaMu yang Maha indah ini"
Namun begitu, antara hubungan yang terjalin, apabila bercampur dengan hubungan bisnes, melihat harta berpuluh-puluh ribu, andai terdapat sedikit sahaja perasaan tamak, persahabatan yang terjalin boleh jatuh terhempas, pecah bertaburan dan tidak dapat diselamatkan lagi! Suka saya mencoretkan satu cerita, yang betul-betul terjadi sangat dekat dengan kehidupan ini. Ceritanya,
"nada dering telefon berbunyi"
" Assalamualaikum z, z aku ni, m.. Aku nak mintak tolong z, aku ada masalah besar ni"
"waalaikummussalam m, kau ade masalah ape m, cuba kau cakap slow-slow, amik nafas kau tu dulu"
"aku ada msalah z, company aku hampir bankrup, tolong aku z, bantu aku mcm kau buat kat bisnes kau z, aku berharap sgt kau boleh bantu"
Tanpa buang masa, z dengan senang hati membantu sahabatnya tanpa banyak bicara, dia menutup 2 akaun syarikat miliknya semata-mata ingin membantu bisnes shbtnya, dengan menggunakan nama syarikat shbt, dia menjalankan bisnes dia disana.
Dengan jayanya, menyelamatkan syarikat shbtnya dri dilelong. Namun begitu, semua yang di amanahkan kepada m, dikhianati!!
Tanpa memikirkan hubungan baik antara mereka, m dengan selamba menipu duit z, berpuluh-puluh ribu, ditipu, z terpaksa mencari wang, membanting tulang ingin menggantikan wang yang ditipu sahabat karibnya itu.
"Duit yang ditipu, boleh dicari dan diganti, Namun persahabatan yang terjalin, tidak boleh diselamatkan. Membantu sahabat dan membuat dia megah berdiri, kini, yang dulunya berada antara top 10 dalam bisnes jatuh merudum tanpa dpt diselamatkan"
"Mana nak cari kepercayaan orang terhadap kita? Apabila kepercayaan pelanggan dikhianati orang lain, malu muka nak letak kat mana, nama baik yang tercemar, xdpt dibersihkan sehingga sekarang"
"Ibarat menolong anjing yang tersepit, 2 syarikat ditutup untuk membantu, malah dikhianati sehingga nama baik tercemar "
" Maruah diri yang dulu nya dijaga, dirosakkan oleh seorg sahabat yang dulunya di tolong sehingga berjaya"
Antara persahabatan, disebabkan harta, wang berpuluh-puluh ribu yang bermain dimata, seorang sahabat lebih memilih mengkhianati daripada mengambil tanggungjawab setia pada amanah yang diberi.
Beringat lah, azab Allah amatlah pedih, yang mengkhianati tidak akan pernah berjaya dia mata Allah!!
Persahabatan boleh berkecai hanya kerana sifat tamak. Berhati-hati dalam mengamanahkan harta kepada org, kerana harta kebiasaan boleh mengaburi mata hati untuk menilai mana yang baik, mana yang buruk. Harta segala-galanya di dunia yang fana ini. Mensyukuri nikmat akan menghalang pengkhianatan ini.
Be wise and be safe in this world.
Sekian,
You&Me.Wolf
Feb,1,2020. 3.29pm.
Langgan:
Catatan (Atom)
Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun
Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nab...
-
Sihir menggunakan gambar. Di coretan kali ini, sy ingin menceritakan satu kisah hitam dalam hidup, tapi memberi seribu satu pengaja...
-
Berhijab belum dikira menutup aurat?? Kenapa pulak mcm tu.. Sayangku, aurat wanita bukan hanya sekadar menutup kepala atau berhijab.. Teta...
-
"SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI, SUBHANALLAHIL AZHIM" "Maha suci Allah dan segala puji bagiNya, Maha suci Allah yang Maha Ag...