Rabu, 19 Ogos 2020

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun


Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah demi memenuhi perintah ALLAH SWT.

Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun.

Berikut doa akhir tahun yang dicantumkan oleh Sayid Utsman bin Yahya dalam karyanya, Maslakul Akhyar:

Doa akhir tahun

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ
“Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hazihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba‘da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da‘autani ilat taubati min ba‘di jara’ati ‘ala ma‘shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirli wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa‘attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha‘ raja’i minka ya karim.”

Maksudnya: “Wahai Tuhan, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang ENGKAU telah tegah, lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan ENGKAU tidak reda serta tidak melupakannya, ENGKAU mengasihiku selepas ENGKAU berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-MU. Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepada-MU, ampunilah aku. Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang ENGKAU reda dan ENGKAU menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepada-MU wahai Tuhan yang MAHA MULIA, wahai Tuhan yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya ENGKAU menerimanya (amalan baik) daripadaku. Dan janganlah ENGKAU memutuskan harapanku kepada-MU wahai Tuhan yang MAHA MULIA.”

***Baca doa akhir tahun iaitu pada petang ini selepas solat Asar atau akhir waktu Asar.

Doa awal tahun

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

“Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azimi wa karimi judikal mu‘awwal. Haza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’I, wal isytighala bima yuqarribuna ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”

Maksudnya: “Wahai Tuhan, ENGKAULAH yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, ENGKAU berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah. Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami. Kami memohon kepada-MU perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepada-MU sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan yang MAHA MENGASIHANI.”

***Baca doa awal tahun selepas solat Maghrib hari ini iaitu pada malam 1 Muharam 1442 Hijrah.

Semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini diterima oleh-NYA. Moga tahun baharu ini memberikan sinar baharu untuk kita melakukan perubahan ke arah yang lebih baik  


Rabu, 12 Ogos 2020

Soal Jodoh, Rahsia Ilahi!

 Pagi yang amat ceria, bercerita dan berbagi pendapat dengan seorang yang berpengalaman. 

Hanya dengan satu perbualan singkat dengan orang yang lebih tua, dan makan garam terlebih dahulu dalam alam perkahwinan, membuatkan otak ku ligat berputar dan memikirkan kata-katanya.
.
"Nak cari jodoh, cari betul-betul. Jangan hanya berdasarkan perasaan Cinta, Sayang semata, tpi lihat pada cara dia, bertanggungjawab atau tidak, pekerjaan dia? Mampu sara hidup lepas berkahwin, atau mengambil kesempatan ke atas pekerjaan dan titik peluh kita semata? (Bagi perempuan)..
.
Pertanyaan ini sangat-sangat memberikan kesan pada diri. Takut! Iye, takut, takut apa yang diharapkan tidak tepat, takut semua kacau-bilau depan hari. Dan takut nak bersemuka dengan orang sekeliling. Hanya doa yang mampu aku pohon, semoga Allah memberi petunjuknya. 
.
Lantas, aku menaip di google soal 'jodoh'  dan terbaca satu artikel berkaitan dengan jodoh yang isinya  

" Ternyata kehidupan mempunyai haluan masing-masing termasuk rezeki. Jodoh juga rezeki dan ia adalah bonus kalu mendapat pasangan yang serasi dan memahami.  Peritnya mencari duit itu hanya Dia yang tahu, namum jika segalanya dengan nawaitu yang betul in shaa Allah dipermudahkan.  Lain pula kisah apabila wanita berkerjaya jatuh hati pada jejaka yang mempunyai kerja yang lebih kecil dan gaji yang cukup-cukup makan.  Sering dipersoalkan, kenapa berlakunya pertemuan  dengan jejaka ini? Adakah ia UJIAN @JODOH? Lapangkan dada, lapangkan minda"


Ada dua penyelesaian.  Seandainya lelaki itu mengikis duit, lebih baik ditinggalkan.  Taaruf sebaik-baik nya..  Kenal dan fahami cara masing-masing.  Kalu perlu tunang, tunang lah, kalu perlu bercinta bercintalah, tpi kalu ingin kan percintaan selepas kahwin, lagi baik! Tiada masalah untuk memberi peluang kepada lelaki yang mempunyai kewangan yang stabil tidak stabil. 


 Sebagai wanita, perlu tahu kenapa ini terjadi. Adakah si dia mempunyai ahli keluarga dan adik - beradik yang ramai untuk ditanggung atau dari keluarga yang sederhana? Jika si dia bertungkus lumus mengumpul duit, sanggup buat kerja part time dan ikat perut semata-mata untuk hubungan kalian berdua.  Fikirlah, patut ke kita tinggalkan si dia? 


Pada wanita pula, selepas mengenali si dia, apakah yang dikatakan oleh perasaan anda tentang si dia? Naluri seorang wanita ini hebat dan kuat. Jika anda tidak jemu berdoa dan solat istikharah, In shaa Allah, dengan izin Allah pasti ada jawapannya. " (dipetik dari portal baituljannah,portal cari jodoh)
.
Dalam hidup ini, aku hanya ingin menumpang kasih sayang. Iye betul, kasih sayang keluarga aku dapat sepenuhnya. Mereka selalu memberi sokongan. Tapi ia berbeza dengan kasih sayang 'buah hati', cinta! Dengan Cinta, aku boleh berkongsi semua benda bersama, luahan hati yang disimpan, hanya dapat diluahkan pada 'Si Dia'. Hubungan dan kesatuan juga pemahaman berbeza dapat aku utarakan. Tapi dengan keluarga, tak semua benda boleh berkongsi. 

Doa! Iye Doa.. Allah berfirman, 

"Maksudnya : "Dan tuhan kamu berfirman:" Berdoalah kepada-Ku, nescaya aku akan perkenankan doa permohonan kamu".  

Al Ghafir:60

Oleh itu, berdoa lah.. Sesungguhnya, Doa adalah salah satu senjata Mukmin! Doa ku...

 "Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. YA Allah, Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemelihara dan amat mengasihi daripada segala-galanya"

.
Ya Allah, aku tidak mengetahui selain ape yg engkau zahirkan.. Terdapat kebimbangan dan kerisauan dalam diri ku berkaitan jodoh ku. 
.
Ya Allah, hadirkan dia sebagai jdoh ku yang sebenar-benarnya, semoga dia bukan dari kalangan mereka yang mengambil kesempatan, hadirkan dia sebagai seorang insan yang bertanggungjawab menjaga ku dan zuriat-zuriat kami nanti. 
.
Ya Rabbi, Yakinkan aku dengan nya. Yakin kan aku bahawa dia benar2 untuk ku, belahan jiwa ku.  Seandainya dia yang terbaik buat ku, hapuskan segala keraguan dan ketakutan ku ini..  Dan jauhi kami dari sebarang pertengkaran.. Sungguh, engkau maha mengetahui dan aku tidak mengetahui yg selain engkau zahirkan.. Namun, seandainya, dia bukan untukku, bantu aku,  jauhkan dia dari ku dengan aman, baik-baik.. Sungguh aku tidak ingin melukakn, biarkan aku yang dilukakan.. 

Dan janji ku untuk nya, walau kami berbeza darjat, aku ikhlas mencintainya keranaMu ya Allah.  Aku semadikan perasaan ku dalam gambar ini.

Sekian sahaja dari AmiWolf kali ini.  Sedikit perkongsian yang sangat dekat dengan kehidupan ini.  Semoga penulisan ini juga dapat menenangkan gelora jiwa bagi mereka yang menghadapai situasi yang sama.

'Jodoh itu rahsia terbesar Ilahi, Hanya apabila akad' aku terima nikahnya' terlafaz, itu lah jodoh yang sebenar-benarnya'
.
"The right person at the right time is JODOH".

 


Jumaat, 22 Mei 2020

Bacaan Tambahan selepas tahiyyat sebelum salam

As'salamualaikum. Harini saya nak kongsi beberapa amalan tambahan dalam solat.

Amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..", biasanya kita terus bagi salam kan? Elok tambah ni.

Allahumma,
Wahai Allah

Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu

Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam

Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari azab siksa kubur

Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati

Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitnah Dajjal

Allahumma,
Wahai Allah

Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati

Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu

Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu

Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat m

Neraka, siksa qubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.

Hafaz doa ni. Semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin...

••✾•◆❀◆•✾••🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋✾•◆❀◆•✾••

CnP Credit to: IG QowiyyFillah Dan Page Majlis Ilmu (fb)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2158218964235831&id=1430004533723948


You&Me.Wolf
29 Ramadhan 1441AH
Mei 22, 2020

Rabu, 13 Mei 2020

Malam Lailatul-Qadar, Kelebihan, Waktu, Tanda-Tanda & Doa



Hari ini genap 20 hari (13 Mei 2020) umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa. Pada tahun ini, Ramadhan disambut dengan penuh kesederhanaan dan boleh dikatakan 'Ramadhan Penuh Keberkatan' kerana, rata-rata rakyat Malaysia berada bersama insan-insan tercinta di Bulan Mulia ini, dan dapat terawih sama-sama dirumah bersama anak isteri dan suami (keluarga) disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan kerana Negara dilanda Wabak Covid19( bermula 18 March sehingga 12 Mei 2020) dan dilanjutkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga Jun 2020.

Ramadhan di Malaysia tanpa Bazar Ramadhan agak ganjil, tetapi pada tahun ini, dapat merasa berpuasa tanpa bazar dan makan seadanya dengan rezki yang ada. Sedar tak sedar, bulan penuh keberkatan ini bakal pergi meninggalkan kita tidak lama lagi. Ramadhan, bulan yang penuh kemulian, di dalamnya ada banyak kebaikan dan ‘cahaya/ Nur’ yang dilimpahkan dari Allah kepada hamba-Nya.

Dan selalunya waktu inilah ramai di kalangan kita yang akan mencari-cari hari satu malam, malam yang penuh dengan keajaiban, kesyukuran, kebajikan serta kenikmatan. Alangkah hebat dan beruntungnya mereka yang dapat bertemu dengan malam tersebut, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Al-Qadr (97:3 & 4)
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan(3); 

تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
"Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)(4); 

Bilakah waktu berlakunya Malam Lailatul-Qadar?
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Adapun mereka yang menentukan malam Lailatulqadar ada banyak pendapat, antaranya:

Pertama:

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:

Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”

Kedua:

Pada malam 23 Ramadan. Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ ثَلَاثَ وَعِشْرِيْنَ 

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.” 

Ketiga:

Pada malam 21 Ramadan. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اُطْلُبُوهَا لَيْلَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ مِنْ رَمَضَانِ وَلَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِيْنَ وَلَيْلَةَ ثَلَاثِ وَعِشْرِيْنَ 

Maksudnya: “Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.” 

Keempat:

Pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي أَرْبَعٍ وَعِشْرِيْنَ 

Maksudnya: “Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.” 

Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi

Kelima:

Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ 

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.” 

Tanda-Tanda Malam Lailatul-Qadar :


Namun begitu, seluruh umat Islam haruslah berusaha mencari malam Lailatul-Qadar ini. Sesungguhnya, pendapat-pendapat ulama' boleh dijadikan satu rujukan kepada kita, dan selebihnya kita usaha dan perhatikan kejadian Alam pada tiap2 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Terdapat tanda-tanda yang dinukilkan oleh Sebahagian para ulama yang telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadan. Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan tanda-tanda tersebut, antaranya:

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Kelebihan Malam Qadar


Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu. Antara kelebihan malam ini ialah:

Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.


DOA


Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat malam Lailatul Qadar di sepanjang Ramadhan adalah:

1. 6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Yang bermaksud:

'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri tercinta beliau, ummul mukminin'

'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي 

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku." 

(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)

Selain itu, Doa yang boleh diamalkan ialah


Allahummar-zuqna lailatul qodri fii hazihis-sanati wa fii kulli sanati, wa A-‘in-naa ‘alaa ihyaa ihaa qi yaa mihaa, birahmatika yaa arhamarrohimin 

Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya Dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Selain itu, antara doa yang dibacakan Nabi untuk memohon ampun adalah:

Allahumma ‘auuzu biridhoka min sakhothika wa bimu ‘afatika min ‘uqubatik 

Maksudnya: 

Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan redhaMu daripada kemarahanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada kemurkaanMu.”

3. Sebahagian ulama terdahulu membaca doa ini:

Allahumma inna zunuubi qad ‘azhumat wajallat ‘anissifat, wa innaha sorghitun fii janbi ‘afwik, fa’fu ‘anni 

Maksudnya:

Ya Allah, dosa-dosaku terlalu banyak tidak terkira. Tidak mampu aku sifatkan, namun ia terlalu kecil di sisi kemaafanMu, ampunilah aku”.

Sebahagian yang lain berdoa:

Jurmi ‘aziim, wa ‘afwuka kasir, fajma’ baina jurmi wa afwika yaa kariim 

Maksudnya:

Kesalahanku amat besar dan keampunanMu amat banyak, kumpulkanlah antara kesalahan-kesalahanku dan kemaafanMu wahai Yang Maha Mulia.”


Saat orang-orang yang sedar menyedari, betapa agungnya kemaafan Allah, mereka akan segera tunduk memperhambakan diri kepadaNya.

Demikian juga kepada para pendosa, saat mengetahui besarnya kemaafan Allah SWT, mereka akan berlumba-lumba mendapatkan kemaafan tersebut.

Semoga Kita dipertemukan dengan malam Lailatul-Qadar. Sama-sama kita usaha dan rebut peluang keemasan ini. Semoga setiap langkah yg yang kita ayunkan diberkati oleh Allah Taala. Aamiin. 


You&Me.Wolf
20 Ramadhan 1441AH
Mei 13, 2020


Rujukan..

https://siakapkeli-my.cdn.ampproject.org/v/s/siakapkeli.my/2019/05/17/bagaimanakah-tanda-malam-lailatul-qadar-ini-penjelasan-mufti/ 


Doa-doa dari page akuislam.com
.
https://akuislam.com/blog/ibadah/lailatul-qadar/#doa

Ahad, 22 Mac 2020

Empat Amalan Sebelum Tidur



~ Empat Amalan Sebelum Tidur ~

Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat

3. Sebelum para muslimin meridhai engkau

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali

Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

“ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )




You&Me.Wolf
27 Rejab 
March 22, 2020

Selasa, 3 Mac 2020

Berhijab belum dikira menutup aurat

Berhijab belum dikira menutup aurat?? Kenapa pulak mcm tu..

Sayangku, aurat wanita bukan hanya sekadar menutup kepala atau berhijab.. Tetapi, aurat wanita seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka..

Kalu hanya sekadar berhijab, tapi tidak melabuhkan tudung ke paras dada, tidak menutup kaki, lemgan , rambut panjang terurai keluar dari tudung..  Hatta, memakai stokin, kalu masih berhijab dengan tudung singkat, itu masih dikira tidak menutup aurat sepenuhnya..

Baru-baru ini, perkongsian daripada seorang artis, yang sangat lemah lembut, ayu lagi berkaitan aurta ini.. Diambil dari perkongsian beliau, Yatt Hamzam...
Jom sama2 kita baca ape yang dicoretkan nya..


Dari perkongsian beliau, beliau merakamkan beberapa ayat al-Quran berkaitan dengan batas aurat wanita..  

Harus diingatkan, memakai hijab dengan macam-macam jenis fesyen tidak salah andai mereka menitik beratkan cara pemakaian hijab dengan melabuhkan tudung ke bawah paras dada, itu yg sebaik-baik fungsi tudung..  Fungsi tudung ialah untuk melindungi dada wanita dari ditatap oleh mana-mana mata..  


Last but not least, coretan ini hanya mengingatkan kita, manusia yang selalu memberontak dan hanya suka akan kecantikan..  MENUTUP AURAT satu KEWAJIPAN  bukan PILIHAN.   

Semoga coretan kali ini memberi manfaat untuk semua..  


Sekian,
You&Me.Wolf
March,3,2020. 2.36
pm.






Khamis, 20 Februari 2020

Rumah atau kereta DULU???



Terutama sekali kepada anak muda, fresh graduate… Rata-rata tidak mengetahui apa itu aset dan liabiliti.. Rumah atau kereta dulu yang penting? Fakta Menarik ini kami kongsikan berdasarkan pembacaan dan rujukan-rujukan dari penasihat kewangan iaitu Dr Azizul.

Untuk membeli rumah, pihak bank akan kira kelayakan pinjaman/loan terlebih dahulu. Sama ada untuk pinjaman LPPSA/ kerajaan atau pinjaman bank/swasta, masing-masing akan mengira kelayakan dan mengambil kira semua komitmen luar seperti kereta, rumah sewa, motor , pinjaman ptptn dan sebagainya. Untuk beli rumah atau bina rumah, bagi megelakkan peratus kelayakan rendah:-

1. Jangan Beli Kereta DULU.

Hutang kereta akan menelan peratus gaji kita. Jika gaji basic dibawah RM2000.00, anggaran bayaran bulanan kereta rm800-rm900, berbaki lagi dalam rm1200-rm1100. Ini belum termasuk lagi dengan makan,minum keperluan asas yang lain dan juga maintenance, serta minyak kereta. Bagi yang kerja di negeri yang ada tol, makin bertambah tanggungan.. Rasa-rasa cukup x untuk kehidupan seharian dengan jumlah tersebut?

Layakkah untuk membeli rumah? Rumah merupakan salah satu Keperluan asas kita (shelter). Terutama kepada fresh graduate, rancanglah sebaik mungkin kewangan kita, ukur baju dibadan sendiri. Kumpul dahulu duit untuk deposit rumah, andai beruntung dapat beli rumah tanpa deposit. Kalu nak beli rumah, belilah kereta secondhand yang masih elok dan bayar tunai tanpa hutang/ byrn bulanan.

2. Beli kereta akan menyebabkan peluang beli rumah menjadi KECIL.

Komitmen hutang kereta yang tinggi akan menyebabkan peratus gaji menjadi kecil. Kelayakan loan akan menjadi kecil atau paling teruk lagi, tiada kelayakan untuk buat pinjaman langsung.

Untuk kelayakan dapat buat pinjaman, perlu melangsaikan hutang kereta terlebih dahulu. Untuk beli rumah perlukan kesedaran yang tinggi akan keperluan asas kita yang satu ini. Rata-rata pekerja swasta atau kerajaan ambil mudah akan perkara ini. Yang berduit masih lagi menyewa rumah. Dan pekerja kerajaan pula menunggu duit pencen, baru nak buat rumah. Idea ni salah sama sekali bagi pandangan saya yang menulis artikel ini kerana, apabila sudah pencen, tiada lagi kemudahan pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) . Untuk memohon pinjaman ini, selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tempoh pencen. Kalu yang nak pencen awal tu macam mana? Dan untuk membuat pinjaman perumahan dengan pihak BANK, JANGAN X ADE LANGSUNG KOMITMEN LUAR kerana dengan rekod bayaran bulanan yang ada andai kita ada komitmen luar itu akan menambahkan nilai atau keyakinan pihak bank untuk meluluskan pinjaman kita kerana pihak mereka akan yakin kita ini seorang yang boleh bayar hutang pada waktu yang ditetapkan.

3. Kereta itu boleh menjadi liabiliti dan rumah itu boleh menjadi aset.

Menbuat pinjaman kereta boleh mengurangkan duit simpanan atau gaji kita (tolakan /bayaran bulanan). Liabiliti dikira hutang/komitmen luar oleh pihak bank. Dan pada awalnya, rumah itu merupakan liability, tetapi kalu jadikan rumah tersebut sebagai rumah sewa, bank akan menganggap hutang rumah sebagai salah satu income tambahan dengan syarat ade surat perjanjian sewa dan bayaran bulanan dimasukkan ke dalam akaun bank, bukan bayaran ditangan. Jika kelayakan masih rendah, beli rumah ikut kemampuan dahulu, jangan menunggu dan terus menunggu. Cari rumah dikawasan berdekatan dengan institusi-institusi pengajian yang akan mendapat sambutan ramai oleh pelajar-pelajar untuk menyewa. Bila bank tengok income rumah sewa, kelayakan untuk buat pinjaman makin meningkat. Nak seribu daya, xnak seribu dalih!

4. Jangan Bagi orang pinjam nama kita untuk buat apa-apa bayaran

Ini kerana, pihak bank akan menyemak semua proses belian juga bayaran yang kita buat. Mengikut polisi sekarang, semua diambil kira. Kalu kita rasa kita lulus nak buat pinjaman, tetapi apabila pihak bank keluarkan kenyataan, kita tidak layak sama sekali untuk membuat pinjaman tersebut , mungkin , kerana kes-kes macam ini. Orang lain membuat bayaran atau belian apa-apa atas nama kita. Tapi jangan berkira sangat ya dengan adik-beradik terutama sekali mak ayah, kalu diorang nak ape-ape, belikan aje kerana, mereka semua boleh mendatangkan rezki yang kita x sangka-sangka dengan menolong mereka. Berkat orang kata. Konsep keberkatan itu satu asas kepada permulaan yang baik kepada kehidupan yang selesa.

5. Harga hartanah makin menaik dari tahun ke tahun.

Seeloknya, rancang kewangan untuk beli rumah, kerana harga tanah makin menaik. Kenapa tanah? Kalu x ade tanah, nak bina rumah kat mana kn. Kalu rumah kondominium atau flat tu? Tapak dia atas tanah juga .. Tanpa tanah, impian bina rumah atau beli rumah adalah sia-sia. Barang-barang mentah untuk bina rumah juga semakin menaik. Oleh itu, seeloknya cari tanah dulu kalu x mmpu bina rumah lagi. Ada duit boleh bina rumah. Dan kalu nak buat pinjaman beli tanah je dulu, hanya pihak pekerja kerajaan boleh menikmati kemudahan ini, iaitu pinjaman jenis 4 (Pembelian Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Rumah Kediaman) ke Pinjaman jenis 2 (Pembinaan Rumah Di Atas Tanah Sendiri) Untuk maklumat lanjut berkenaan pinjaman LPPSA boleh rujuk di link ini https://rdchousemanagement.blogspot.com/2020/02/pinjaman-lppsa.html . Untuk Pinjaman bagi beli rumah sahaja, tersangat rumit. Hanya certain Bank sahaja yang menyediakan khidmat tersebut..

Itu sahaja perkongsian saya harini,

AmiWolf96

Feb 20,2020.

Penafian: Perkongsian ini ditulis dengan merujuk beberapa buah artikel dan dari pandangan peribadi serta ilmu yang ada sepanjang bergiat dalam bidang hartanah ini. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak. Andai berguna amalkan, dan boleh menjadi rujukan untuk semua, andai tiada kegunaan, boleh abaikan.. sekian Terima Kasih. Artikel ini telah di postkan dalam satu blog yang berbeza.. Tapi penulis org yg sama..  Saya yang menulis artikel ini..

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nab...