Jumaat, 22 Mei 2020

Bacaan Tambahan selepas tahiyyat sebelum salam

As'salamualaikum. Harini saya nak kongsi beberapa amalan tambahan dalam solat.

Amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..", biasanya kita terus bagi salam kan? Elok tambah ni.

Allahumma,
Wahai Allah

Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu

Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam

Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari azab siksa kubur

Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati

Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitnah Dajjal

Allahumma,
Wahai Allah

Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati

Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu

Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu

Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat m

Neraka, siksa qubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.

Hafaz doa ni. Semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin...

••✾•◆❀◆•✾••🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋✾•◆❀◆•✾••

CnP Credit to: IG QowiyyFillah Dan Page Majlis Ilmu (fb)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2158218964235831&id=1430004533723948


You&Me.Wolf
29 Ramadhan 1441AH
Mei 22, 2020

Rabu, 13 Mei 2020

Malam Lailatul-Qadar, Kelebihan, Waktu, Tanda-Tanda & Doa



Hari ini genap 20 hari (13 Mei 2020) umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa. Pada tahun ini, Ramadhan disambut dengan penuh kesederhanaan dan boleh dikatakan 'Ramadhan Penuh Keberkatan' kerana, rata-rata rakyat Malaysia berada bersama insan-insan tercinta di Bulan Mulia ini, dan dapat terawih sama-sama dirumah bersama anak isteri dan suami (keluarga) disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan kerana Negara dilanda Wabak Covid19( bermula 18 March sehingga 12 Mei 2020) dan dilanjutkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga Jun 2020.

Ramadhan di Malaysia tanpa Bazar Ramadhan agak ganjil, tetapi pada tahun ini, dapat merasa berpuasa tanpa bazar dan makan seadanya dengan rezki yang ada. Sedar tak sedar, bulan penuh keberkatan ini bakal pergi meninggalkan kita tidak lama lagi. Ramadhan, bulan yang penuh kemulian, di dalamnya ada banyak kebaikan dan ‘cahaya/ Nur’ yang dilimpahkan dari Allah kepada hamba-Nya.

Dan selalunya waktu inilah ramai di kalangan kita yang akan mencari-cari hari satu malam, malam yang penuh dengan keajaiban, kesyukuran, kebajikan serta kenikmatan. Alangkah hebat dan beruntungnya mereka yang dapat bertemu dengan malam tersebut, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Al-Qadr (97:3 & 4)
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan(3); 

تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
"Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)(4); 

Bilakah waktu berlakunya Malam Lailatul-Qadar?
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Adapun mereka yang menentukan malam Lailatulqadar ada banyak pendapat, antaranya:

Pertama:

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:

Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”

Kedua:

Pada malam 23 Ramadan. Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ ثَلَاثَ وَعِشْرِيْنَ 

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.” 

Ketiga:

Pada malam 21 Ramadan. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اُطْلُبُوهَا لَيْلَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ مِنْ رَمَضَانِ وَلَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِيْنَ وَلَيْلَةَ ثَلَاثِ وَعِشْرِيْنَ 

Maksudnya: “Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.” 

Keempat:

Pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي أَرْبَعٍ وَعِشْرِيْنَ 

Maksudnya: “Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.” 

Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi

Kelima:

Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ 

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.” 

Tanda-Tanda Malam Lailatul-Qadar :


Namun begitu, seluruh umat Islam haruslah berusaha mencari malam Lailatul-Qadar ini. Sesungguhnya, pendapat-pendapat ulama' boleh dijadikan satu rujukan kepada kita, dan selebihnya kita usaha dan perhatikan kejadian Alam pada tiap2 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Terdapat tanda-tanda yang dinukilkan oleh Sebahagian para ulama yang telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadan. Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan tanda-tanda tersebut, antaranya:

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Kelebihan Malam Qadar


Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu. Antara kelebihan malam ini ialah:

Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.


DOA


Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat malam Lailatul Qadar di sepanjang Ramadhan adalah:

1. 6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Yang bermaksud:

'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri tercinta beliau, ummul mukminin'

'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي 

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku." 

(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)

Selain itu, Doa yang boleh diamalkan ialah


Allahummar-zuqna lailatul qodri fii hazihis-sanati wa fii kulli sanati, wa A-‘in-naa ‘alaa ihyaa ihaa qi yaa mihaa, birahmatika yaa arhamarrohimin 

Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya Dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Selain itu, antara doa yang dibacakan Nabi untuk memohon ampun adalah:

Allahumma ‘auuzu biridhoka min sakhothika wa bimu ‘afatika min ‘uqubatik 

Maksudnya: 

Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan redhaMu daripada kemarahanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada kemurkaanMu.”

3. Sebahagian ulama terdahulu membaca doa ini:

Allahumma inna zunuubi qad ‘azhumat wajallat ‘anissifat, wa innaha sorghitun fii janbi ‘afwik, fa’fu ‘anni 

Maksudnya:

Ya Allah, dosa-dosaku terlalu banyak tidak terkira. Tidak mampu aku sifatkan, namun ia terlalu kecil di sisi kemaafanMu, ampunilah aku”.

Sebahagian yang lain berdoa:

Jurmi ‘aziim, wa ‘afwuka kasir, fajma’ baina jurmi wa afwika yaa kariim 

Maksudnya:

Kesalahanku amat besar dan keampunanMu amat banyak, kumpulkanlah antara kesalahan-kesalahanku dan kemaafanMu wahai Yang Maha Mulia.”


Saat orang-orang yang sedar menyedari, betapa agungnya kemaafan Allah, mereka akan segera tunduk memperhambakan diri kepadaNya.

Demikian juga kepada para pendosa, saat mengetahui besarnya kemaafan Allah SWT, mereka akan berlumba-lumba mendapatkan kemaafan tersebut.

Semoga Kita dipertemukan dengan malam Lailatul-Qadar. Sama-sama kita usaha dan rebut peluang keemasan ini. Semoga setiap langkah yg yang kita ayunkan diberkati oleh Allah Taala. Aamiin. 


You&Me.Wolf
20 Ramadhan 1441AH
Mei 13, 2020


Rujukan..

https://siakapkeli-my.cdn.ampproject.org/v/s/siakapkeli.my/2019/05/17/bagaimanakah-tanda-malam-lailatul-qadar-ini-penjelasan-mufti/ 


Doa-doa dari page akuislam.com
.
https://akuislam.com/blog/ibadah/lailatul-qadar/#doa

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam iaitu sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nab...